Ahad, 22 September 2013

Resipi "Grilled Lamb Chop" dengan sos barbekue



Salam...

Sejak berkahwin, minat timbul nak cuba-cuba resipi baru...
Yela..mana taknya, dulu masa bujang taknak belajar memasak sangat..
cuma reti masak yang mudah-mudah contohnya masak rebus, atau org jawa panggil "bening"..
masak sup, tumis, goreng-goreng je....
nak masak yang complicated sket je macam kari, asam pedas, tomyam da kena tengok balik resipi...
mujur sekarang ni zaman hujung jari...haha.
jadi, bila jadi isteri yang nak kena masak hari-hari ni lama-lama jadi bosanla sebab asyik-asyik ulang resipi yang sama..
isnin sayur bening, ikan goreng...selasa sayur tumis, ayam goreng...rabu masak sup..lama-lama "boring..." !!
waktu tu la rasa buntu dan nak merungut...nak mengalihkan rasa pening tak tahu nak masak ape kepada suami pula...sian sang suami akhirnya buntu, tak beri pendapat salah, bagi pendapat lagi salah...haha

saya: "abang, nak makan apa hari ni...?"
suami: "apa-apa je...sayang masak apa pun abg makan je...abang tak cerewet.."
saya: "apa-apa tu masak apa...? orang tanya pendapat betul-betul taknak tolong..huhu"
suami: "ok, ok...masak goreng ikan dengan sayur sudahla.."
saya: "ala......bosanla masak tu je...!"

Inilah lumrah jadi orang perempuan, mencari penyelesaian dengan bercakap!
dan menjadi bertambah bingung! haha....


Sepanjang kami bersama juga, saya perasan suatu hobi suami saya yang mungkin tak sama dengan orang lain...menonton rancangan masakan..
so, channel2 astro macam afc, tlc, food network mmg channel yang suami selalu layan...
lama kelamaan saya pun syokla tengok....lagi-lagi bile host rancangan tu si jamie oliver tu...
mmg layan...syoknye tengok dia masak campak-campak dan "walla...siap....!"
dari sini jugala kami selalu cuba resipi-resipi baru dan olah resipi mengikut cara kami sendiri...hehe.
but i've to admit, when come to cooking a new dish, my husband is greater than me....
contoh macam resipi yang saya nak kongsi hari ni...
saya je yang poyo-poyo nak menulis ni...walhal yang tukang masaknya si suami...hehe

ok, sikit punya la panjang membebel mukadimah...padahal nak cerita masak je pun...
kahkahkah...
jom kembali ke tujuan asal..



RESIPI "GRILLED LAMB CHOP" DENGAN SOS BARBEKUE ISTIMEWA

Bahan-bahan:
1) Kepingan daging bahu kambing biri-biri
2) Rempah-ratus (Rosemary, Thyme, All spice, Italian Herbs)
3) Minyak masak
4) Garam secukupnya
5) Rempah Kari
6) Serbuk Cili

ramuan yang kami gunakan

rempah-ratus



Cara-cara memasak:

1) Satukan semua rempah-ratus, serbuk cili, serbuk kari, garam ke dalam minyak masak tadi. Rempah-ratus ni kita boleh pilih ikut sukala, dan mengikut selera masing-masing. Kami tambahkan serbuk cili dan serbuk kari tu untuk lebih rasa rempah dan pedas sahaja, tak bubuh pun tidak mengapa.



2) Kacaukan semua bahan tersebut sehingga sebati. Lumurkan bahan perapan ke atas kepingan daging kambing.

Bahan perapan dikacau sebati.

Lumurkan bahan perapan ke atas daging kambing.

3) Ratakan perapan dan perap daging sehingga daging lembut. Kami buat kira-kira setengah jam sahaja, lebih lama lebih baik.

Perapan daging kambing

4) Grill kepingan daging kambing di atas api dapur menggunakan pan grill atau kuali leper. Supaya daging kekal berjus, masak sebelah bahagian selama 3 minit, terbalikkan ke bahagian yang lain, masak lagi selama 3 minit, dan balikkan semula, masak lebih kurang seminit, angkat daging dan hidangkan. Ketika memasak, ianya merupakan perkara biasa jika anda lihat ada darah atau jus yang keluar. Masa memasak juga bergantung kepada ketebalan daging. Kami punya daging ni lebih kurang setengah inci sahaja.

grilled lamb chop kami...(^_^)


PENYEDIAAN SOS

Bahan-bahan

1) Sos barbekue "hickory smoke"
2) Bawang merah dicincang halus
3) Bawang putih dicincang halus
4) Garam
5) Serbuk kari
6) Serbuk cili

Cara penyediaan:-

1) Dengan menggunakan minyak hasil grill kambing tadi, tumiskan bawang merah, bawang putih. 
2) Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan garam. Kacau lagi hingga sebati dan naik baunya.
3) Masukkan sos barbekue "hickory smoke". Sos hickory smoke ni sejenis sos yang digunakan untuk perapan daging barbekue. Sos jenis ini mudah didapati di pasar raya. Kami beli sos jenama life, harga dlm rm3.50++, tak mahal pun..hehe
4) Kacau sos hingga rata, sos akan memekat. Tambahkan sedikit air dan biar menggelegak. Padamkan api dan hidangkan sos bersama grilled lamb chop.

sos barbekue "hickory smoke". 


ok, sos barbekue yang da siap ni memangla sedap...rasanya tak keterlaluan kot kalau saya kata..
"inilah lamb chop paling sedap pernah saya makan seumur hidup...!" haha...
jadi, rakan pembaca sekalian....cuba jangan tak cuba tau resipi ni....rugi...!! hehe...

Nukilan,



Ini Kisah Kami....



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Blog ini hasil nukilan bersama kami sekeluarga. Sang suami, abu zahra juga dipanggil abi dan sang isteri, ummu zahra atau umi menulis pahit manis kehidupan kami bersama puteri kami, zahra. Harapan kami bukan sahaja zahra...mudah-mudahan dikurniakan putera puteri yang lain pada masa hadapan.

Sekeluarga ketika raya 2012 bersama zahra yang usia sehabis pantang.


Salam ukhuwah buat pembaca dan terima kasih atas sokongan anda. Ini kisah kami....perkongsian cerita kehidupan kami yang tidak seberapa buat teladan dan sempadan kita semua.

Nukilan